Hot one

Sunday, June 3, 2012

Tapi Bukan Aku

Nikmatilah entri ni ikhlas dari Admin.
Ketika itu, ak sedang bergembira bersama seorang rakan yang sememangnya dekat di hati. Tapi bukan aku...
Hihi. Itu kita mcm prolog la katakan. Sebenarnya, skg ni masa cuti bagi semua pelajar. Jadi, admin pun bercuti dengan sakan walaupun hanya duduk d rumah dan keluar ke pekan dan bandar sekali sekala. Namun begitu, fikiran masih lagi melayang-layang kerana sudah lama tidak berjumpa dengan beberapa insan yang dianggap istimewa oleh ku. Kawan-kawan yang sememangnya dekat di hati namun jauh di mata buat masa kini. Nak dijadikan kisah, satu hari ni saya amat gembira apabila mengetahui yang saya akan keluar bersama dengan insan ciptaan Ilahi ni. Begitu gembira tidak terkata rasanya. Apa tidaknya, sudah lama tidak berjumpa lagipun, ya lah, cuti kan, elok jalan. Duit pon berkepuk lagi.Hahaha. Tapi yang paling menggembirakan diriku sebenarnya ialah apabila dia memberitahu admin yang dia akan ke bandar besar. Itulah hadiah yang paling menggembirakan sebenrnya. Sayang kamu kawan.
Baiklah, hari silih berganti hari dan masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dengan izin-Nya. Alhamdulillah syukran jazilan. Dapat juga berjumpa dengan kawan ku ini. Rasa seperti seluruh kerinduan itu dapat dilepaskan walaupun tidak berpeluk dengan erat. Hanya dengan sentuhan hasil dari berjabat tangan sudah cukup untuk melepaskan kerinduan yang tidak terhingga ni. Dapat diketahui bahawa sememangnya insan inilah yang admin sayang. Kemungkinan akan lakukan lebih lagi untuk dirinya. Kami pun keluar ke bandar dengan perasaan yang penuh riang. Celoteh-celoteh kami saling membuatkan kami terhibur. Cerita-cerita panas dan terkini dijadikan medan perbualan. Infromasi-informasi terkini merupakan agen minda berfikir. Amat seronok tatkala dikenangkan kembali. Kami pergi menghabiskan masa bersama dalam masa yang amat berharga. Masa itu emas dan admin menggunakannya dengan sebaik habis. Sepanjang masa kami dapat rasa yang tali yang mungkin hilang ketika tidak berjumpa itu diwujudkan semula dengan tali yang lebih utuh. Ya lah kan,masa cuti dan tidak berjumpa, sudah pasti masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. Saya sendiri pun sibuk juga dengan perkara-perkara sendiri. Memang tiada masa untuk bertanyakan khabar setiap hari.Bila tiba masa-masa seperti ini, wajiblah digunakan dengan sepenuhnya. Seronoknya tidak terkata apabila meluangkan masa bersama anda wahai teman.
Tiba-tiba terdetik hati ini untuk mengetahui lebih lanjut aktivit-aktiviti yang sering dilakukan ketika kami tidak berjumpa. Dia hanya kata yang dia makan tidur. Hmm. Macam perkara biasa apabila musim cuti agaknya. Admin pun begitu juga kekadang. Well, what surprises me is that when my friend said to me that my other friend who is also considered as my closest friend came to the city as well but not the same date. My other friend came to the city during the festive season. I was shocked because that friend did not tell me that that friend is coming to city. I tried to keep positive by thinking that "Owh maybe the friend is having a family vacation with the whole bunch of family". Bersangka baik sebenarnya. Ditanya bagaimana berita itu diketahui, rupa-rupanya si kawan dan sms teman ku ini untuk datang ke bandar dengannya. Rahangku jatuh dengan tiba-tiba. Mulutku terbuka luas. Ternganga gitu. Terkejut mendengar cerita tadi. Tapi tidak mengapa kerana mas itu aku pun tengah bergembira dengan kawanku. Cerita megejutkan itu dilupakan begitu sahaja. Sudah tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal kepada temanku ini. Sebak dan puas menyelibungi diri.  Begitulah rasanya apabila sehari berjalan dan meluangkan masa-masa emas dengan yang terdekat dengan diri.
Pabila malam yang sama menjelang, barulah rasa pelik. Kepala ini asyik memikirkan cerita tadi. Kenapa bukan aku yang diajaknya?Kenapa aku tidak diberitahu?Kenapa bukan aku diberitahu?Rasa heran tapi diriku harus rasa kuat dan tidak akan memarahinya. Cuma pelik dan aneh itu masih terasa hingga ke hari ini. Pabila diingat, masih lagi rasa heran. Apa salahku?Kenapa dan kenapa dan terus kenapa. Entahlah. Cemburu kah? Am I jealous? I dont think so. I know that I can allow all my friends to befriends with other people. No need to feel envy or whatsoever. But still, why not me?Yang penting, detik-detik indah bersama kawanku yang satu itu cukup-cukup menggembirakan. Terima ksih wahai teman. Aku akan terus melayan semua rakanku dengan baik sama seperti dahulu. Walaupun perit untuk dikenangkan namun aku harus kuat kerna masih lagi ada yang sayangkan ku. Tapi bukan aku yang utama dalam diri setiap orang. Itulah ilmu baru dipelajari.


p/s: nantikan sambungannya dalam 'Walaupun Singkat' =)

No comments:

Post a Comment