Hot one

Tuesday, June 26, 2012

Sampai sini sahaja

Apa kabar kepada semua pembaca setia blog ini. Dah lama menyepi kerana agak sibuk dengan suasana baru pembelajaran. Baiklah, hari ini admin terfikir nak tulis sebuah entri untuk mengisi masa lapang admin yang terluang. Lebih baik update blog rasanya. Lagi elok dari tidur kot. Haha.

Sebenarnya, admin mengalami suatu masalah. Begin ceritanya, baru-baru ini, admin telah bertikam lidah dengan seorang kawan admin yang memang tidak dinafikan memang admin care about. Yes I care about him. He is my besties here. However, things can get wrong instantly. It all started when my friend kept on poking and testing on my nerves. Dah berbuih diberitahu yang perkara itu tidak disenangi oleh diri ini. Namun begitu, perkara yang sama dilakukan juga. Entah apa yang patut dibuat. Hanya mampu bersabar.

Seminggu berlalu dan kes ini semakin parah. Setelah hilang kesabaran, akibatnya diriku memberontak. Terasa berani untuk meluahkan isi hati ini. Masih jelas insiden itu dalam memori. Hari Jumaat adalah waktunya. Dia lakukan sekali lagi dan memang sudah tidak dapat tahan perkara ini lagi. Oleh itu, maka bermulalah pertelingkahan dan perbezaan pendapat.

Aku SMS dengan menyatakan yang dia perlu berhenti untuk lakukan perkara itu. Dia pun membalas dengan mengatakan bahawa dia berasa geram yang teramat geram. Lantas aku pun kata yang walau geram macam manapun, anda perlu berhenti. Ianya melibatkan aku juga. Perkara ini buat aku rasa sakit kepala. Dia balas yang kenapa dia perlu mengikut-ngikut. Perlu ada pendirian sendiri. Setelah itu, saya pun terus menyatakan yang apa-apa sajalah. Yang penting sila berhenti buat perkara itu lagi. Dia juga balas dengan whatever. Setelah itu, tidak ada lagi hubungan dan perhubungan kami sehingga ke hari ini.

Admin tidak boleh cerita the whole story. Who knows the particular person might read about it. So let it be a story with the only important content. Hehehe. Actually, admin tak kisah if dia buat benda itu dan ditujukan kepada mereka yang admin kurang rapat, kurang sayang, kurang kisah dan sebagainya. Tetapi, perkara itu dilakukan untuk mengenakan seorang kawan admin yang memang admin kisah dan hubungan persahabatan kami sangat erat. Tak sanggup untuk membiarkan benda ini berterusan. Terasa seperti admin ni seorang yang prihatin dan penyayang pula. Sanggup berkorban untuk teman-teman. Walaupun, yang lain mungkin tidak akan lakukan perkara yang sama, namun, rasa puas di diri kerana teah berkorban untuk seorang rakan yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Sehingga kini, masih lagi tidak bertegur sapa dan beramah mesra seperti dulu. Rasa sedih tetapi mungkin begini lebih baik. Siapa tahu akan ada jalan penyelesaiannya cuma masa dan bila saja yang patut ditunggu. Mungkin juga, 'Sampai Sini Sahaja'.

No comments:

Post a Comment