Salam hormat salam sayang ditujukan kepada pembaca semua.
Hari ni, admin rasa sedikit sedih apabila mendengar berita yang cukup memberi impak yang besar kepada diri admin sendiri. Pada petang hari, admin telah menerima suatu berita yang cukup sedih. Berita yang tidak disangka-sangkakan itu keluar sendiri daripada pihak-pihak yang lebih mengetahui. Admin cukup kaget(terkejut). Walau begitu, admin percaya individu yang terlibat lebih shocked.
Beritanya ialah apabila individu yang telah sama-sama menelaah pelajaran dengan admin telah kecundang dalam medan pertempuran. Admin tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku kepada dirinya. Admin terdiam dan terkelu tak terkata. Hanya pelukan dan dakapan mesra dari seorang rakan yang menyayangi mampu diberikan. Beliau merupakan seorang yang rajin. Benar apa orang kata, langit tidak semestinya senantiasa biru. Tupai juga boleh gugur ke tanah. Penjenayah handal juga boleh dicekup.
Begitu jelas raut wajahnya yang sedih dan hiba. Walau berapa kali dicuba untuk menyebnyikannya, namun tetap kelihatan. Raut wajah yang tidak seperti dahulu, seceria dahulu begitu mudah untuk dibezakan. Apatah lagi kita berdua sangat rapat. Sememangnya amat mudah untuk dibezakan. Kadang kala, agak risau untuk menegurnya dan membawanya bergurau seperti dahulu. Dek perasaan yang masih lagi sedih, sudah pasti akan mengusik emosinya. Pada saat dan waktu itu, aku tahu aku perlu lakukan sesuatu. Aku tahu aku tidak mahu kehilangannya. Aku tahu amat perit untuk kehilangan seseorang yang begitu dekat dengan diri. Aku akan lakukan segala yang termampu untuk membantunya dalam mengecapi kejayaan.
Mungkin tuah tidak berada pada pihaknya. Mungkin juga nasib bukan disisinya. Mungkin juga ini satu alamat untuknya lebih berusaha gigih di masa mendatang. Sudah pasti, cabaran di arena globalisasi ini lebih mencabar dari semasa ke semasa. Untuk kekal berada di dunia yang nyata, kehidupan perlu dilalui. Liku-liku kehidupan hendaklah disusuri dengan tabah. Hidup ibarat roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Hidup ada naik turunnya. Tidak mustahil untuk Berjaya di masa hadapan. Masa depan lebih panjang daripada masa yang telah berlalu. Yang berlalu tetap berlalu. Biarkan ianya berlalu dengan biasa. Usah dikenang kembali saat-saat lalu.
Memang diakui saat-saat lalu adakalanya indah dan manis. Bagaimana pula saat-saat tika menduka? Saat-saat pahit? Detik seperti ini janganlah dikenang kerna cuma akan menyakitkan diri. Jika masih ingin dikenang, mungkin lihatnya sebagai satu agen untuk terus berusaha agar tidak mengulang kembali sejarah. Mereka pernah cakap yang orang tidak membaca sejarah akan mengulang kembali sejarah. Jadikan masa lampau sebagai satu pedoman dan iktibar kepada diri kita. Admin juga begtu sebenarnya. Begitu banyak masa lampau yang sukar untuk dilupakan dan tipulah jika admin katakana tidak ada yang pahit.
Buat sahabatku, percayalah bahawa dirimu begitu berharga. Kita telah menjadi semakin rapat sejak beberapa hari ini. Mungkin ini merupakan hikmahnya. Kita saling membantu. Segala pertanyaan telah dijawab. Segala kemusykilan telah terlerai. Semoga Berjaya di arus pertempuran. Secara jasadnya, anda seorang. Namun, secara batinnya, terdapat 49 rakan-rakan yang lain turut menyokong perjuangan murnimu. Pada setiap solatku, pada setiap doaku, namamu tidak pernah dilupakan. Teringat pada lagu ‘Teman Sejati’. “Denganmu di sisi, perjuangan ini, senang diharungi...”. Perjuangan ini sememangnya mudah diharungi jika kita berdua bersama. Susah senang kita bersama.
Kini, tibalah masa untukmu Tabahkan Diri, Kuatkan Semangat dan Kukuhkan Ilmu, Aku Sentiasa Bersamamu.
No comments:
Post a Comment