Hot one

Thursday, July 12, 2012

Ketagih GAME

    Rasanya post kali ni bakal menjadi post pertama admin yang bakal berkisarkan cerita yang agak panas dan membakar. Boleh rentung pabila membaca entri ini. Hahaha.
    Admin rasa amat menyampah taw sekrang ni. Apa tidaknya, celik mata GAME. Asal celik mata GAME. GAME GAME GAME. Dah mengalahkan penagih dadah dah admin tengok. Alamak..Come on la brother. Wat pa nak men GAME tu. Kan lagi elok if you go and open your book and study. Ni tidak. GAME GAME GAME. Nasib makan nasi juga. Lau nasi pun dilupakan gara-gara GAME, tak taulah admin nak cakap mcm mana lagi.
    Tapi, budak ni bagus juga tau. Penyakit GAME dia ni dah berlanjutan dari first admin kenal dia ni GAMEHOLIC. Ish. Tahan ja la.

P:S/ Part di bawah ni mungkin agak PANAS.

    Cik abang yang budiman, kenapa awak ni main GAME memanjang ah? Tak de kerja lain ker? Engko ni ak tgk boleh tahan juga ilmu agama tu tetapi, walau dalam mana ilmu agama tu tetap TAK PERFECT! ENGKO TAU TAK YANG MAIN GAME NI MEMBAZIR MASA??!! Kan baik if u go and recite the holy book. Plus minus, Ramadhan is just around the corner. Tak socialise tapi GAMEEEEEE memanjang. Aku ingatlah ko marah ak sal bising suatu ketika dulu. Time tu ko BUSY YA AMAT sal banyak ESAIMEN. Engko ni plak skarang pon BISING BAGAI NAK PECAH GEGENDANG TELINGA AKU! Lau bunyi yang soothing tak pa juga. INI BUNYI GAME YANG KEJAP-KEJAP PANDAI KUAT GILA BABENG!! OMG!!!!!!!
    Lau dah LETAGIH GAME tu KETAGIH juga la ya. Moda-moga engko STRESS lagi sal wat keja LAST MINUTE. Time tu biar ak plak yang MAIN GAME.
  

Thursday, July 5, 2012

Tabahkan Diri, Kuatkan Semangat dan Kukuhkan Ilmu, Aku Sentiasa Bersamamu

Salam hormat salam sayang ditujukan kepada pembaca semua.

Hari ni, admin rasa sedikit sedih apabila mendengar berita yang cukup memberi impak yang besar kepada diri admin sendiri. Pada petang hari, admin telah menerima suatu berita yang cukup sedih. Berita yang tidak disangka-sangkakan itu keluar sendiri daripada pihak-pihak yang lebih mengetahui. Admin cukup kaget(terkejut). Walau begitu, admin percaya individu yang terlibat lebih shocked.

Beritanya ialah apabila individu yang telah sama-sama menelaah pelajaran dengan admin telah kecundang dalam medan pertempuran. Admin tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku kepada dirinya. Admin terdiam dan terkelu tak terkata. Hanya pelukan dan dakapan mesra dari seorang rakan yang menyayangi mampu diberikan. Beliau merupakan seorang yang rajin. Benar apa orang kata, langit tidak semestinya senantiasa biru. Tupai juga boleh gugur ke tanah. Penjenayah handal juga boleh dicekup.

Begitu jelas raut wajahnya yang sedih dan hiba. Walau berapa kali dicuba untuk menyebnyikannya, namun tetap kelihatan. Raut wajah yang tidak seperti dahulu, seceria dahulu begitu mudah untuk dibezakan. Apatah lagi kita berdua sangat rapat. Sememangnya amat mudah untuk dibezakan. Kadang kala, agak risau untuk menegurnya dan membawanya bergurau seperti dahulu. Dek perasaan yang masih lagi sedih, sudah pasti akan mengusik emosinya. Pada saat dan waktu itu, aku tahu aku perlu lakukan sesuatu. Aku tahu aku tidak mahu kehilangannya. Aku tahu amat perit untuk kehilangan seseorang yang begitu dekat dengan diri. Aku akan lakukan segala yang termampu untuk membantunya dalam mengecapi kejayaan.

Mungkin tuah tidak berada pada pihaknya. Mungkin juga nasib bukan disisinya. Mungkin juga ini satu alamat untuknya lebih berusaha gigih di masa mendatang. Sudah pasti, cabaran di arena globalisasi ini lebih mencabar dari semasa ke semasa. Untuk kekal berada di dunia yang nyata, kehidupan perlu dilalui. Liku-liku kehidupan hendaklah disusuri dengan tabah. Hidup ibarat roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Hidup ada naik turunnya. Tidak mustahil untuk Berjaya di masa hadapan. Masa depan lebih panjang daripada masa yang telah berlalu. Yang berlalu tetap berlalu. Biarkan ianya berlalu dengan biasa. Usah dikenang kembali saat-saat lalu.

Memang diakui saat-saat lalu adakalanya indah dan manis. Bagaimana pula saat-saat tika menduka? Saat-saat pahit? Detik seperti ini janganlah dikenang kerna cuma akan menyakitkan diri. Jika masih ingin dikenang, mungkin lihatnya sebagai satu agen untuk terus berusaha agar tidak mengulang kembali sejarah. Mereka pernah cakap yang orang tidak membaca sejarah akan mengulang kembali sejarah. Jadikan masa lampau sebagai satu pedoman dan iktibar kepada diri kita. Admin juga begtu sebenarnya. Begitu banyak masa lampau yang sukar untuk dilupakan dan tipulah jika admin katakana tidak ada yang pahit.

Buat sahabatku, percayalah bahawa dirimu begitu berharga. Kita telah menjadi semakin rapat sejak beberapa hari ini. Mungkin ini merupakan hikmahnya. Kita saling membantu. Segala pertanyaan telah dijawab. Segala kemusykilan telah terlerai. Semoga Berjaya di arus pertempuran. Secara jasadnya, anda seorang. Namun, secara batinnya, terdapat 49 rakan-rakan yang lain turut menyokong perjuangan murnimu. Pada setiap solatku, pada setiap doaku, namamu tidak pernah dilupakan. Teringat pada lagu ‘Teman Sejati’. “Denganmu di sisi, perjuangan ini, senang diharungi...”. Perjuangan ini sememangnya mudah diharungi jika kita berdua bersama. Susah senang kita bersama.
Kini, tibalah masa untukmu Tabahkan Diri, Kuatkan Semangat dan Kukuhkan Ilmu, Aku Sentiasa Bersamamu.

Post July

Hi all. Its July now. I just wanted to say to stay tuned to my upcoming post on what I've gone through every single day. Of course Mr Admin here won't post everyday. Only certain days that I'm free and feel free to post and update on my blog. Well, I do have few stories should be shared with others to think, feel and enjoy reading. Only time knows when I am free and available to write on all that. Hahaha. I hope July will bring happiness to you readers and July will make and become a better month to you. In fact, July is the month of fasting. Hahaha. Three more weeks than we will start fasting. Till then. Bye.